
Assalamualaikum..
Hari ini aku rasa berminat nak share dengan korang pasal apakah punca perut buncit. Disebabkan aku juga merasakan ciri-ciri yang perut aku ni semakin membuncit, hahahahaha. Perut buncit memang tidak menyelesakan. Ia bukan sahaja membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan, perut yang buncit juga menjejaskan penampilan seseorang lantaran bentuk tubuh kelihatan tidak seimbang. Jadi, apakah sebab perut menjadi buncit? Untuk mengelakkan perut daripada terus membuncit, kita kena la tahu apakah punca yang membuatkan perut buncit, right? Dengan itu, kita hendaklah berusaha untuk mencegahnya. Haa, jom spend masa sikit baca pasal punca problem ini.
Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit iaitu:
1 ) Faktor keturunan
“Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua secara umumnya sukar dielakkan,” ujar Selfie.
2) Faktor penuaan
Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai
berkurangan. Hasil kajian oleh Harvard Women’s Health Watch mendapati wujudnya
kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut.
3) Makanan dan minuman tertentu
Doktor lulusan Universiti Padjajaran itu menjelaskan gula dan alkohol terutamanya yang
terkandung dalam bir, adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi
kendur. Daripada segi pemakanan, katanya alkohol amat berbahaya bagi tubuh. Ini
kerana alkohol mengandungi kalori yang tinggi, sama seperti kalori dalam makanan
berlemak. Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk
menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh.
4) Tembakau
Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman. Selfie berkata biasanya ketika merokok
selepas makan, perut akan berasa kembung kerana penghadaman terganggu.
5) Stres
Menurut Selfie, keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi
tubuh termasuklah sistem penghadamannya. Stres juga boleh mencetuskan rasa kenyang
dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut
kelihatan lebih mengembang. “Untuk mengatasinya, belajarlah untuk lebih relaks serta
bernafas secara perlahan dan mendalam,” jelas beliau. Dalam pada itu Selfie
mengingatkan bahawa golongan wanita yang biasanya lebih mudah dilanda stress,
cenderung memiliki lemak berlebihan di perut, meski pun berat badannya normal.
Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan
lemak terkumpul di sekitar perut.
6) Perubahan hormon, terutamanya ketika menopaus
Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus
membawa kepada pengumpulan lemak pada perut. Tumpukan lemak yang tidak
sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya. Sememangnya ia
kelihatan amat tidak selesa. Jelas Selfie, keadaan ini berpunca daripada pengambilan
karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi,
bihun dan ladu, dalam kuantiti yang banyak. Akibatnya, karbohidrat yang berlebihan
akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepatnya di rongga-
rongga di antara organ dalam perut.
Sumber
http://terbakor.com/2012/12/31/mulai-sekarang-katakan-selamat-jalan-pada-perut-buncit-terbakor/
No comments:
Post a Comment