Saturday 16 November 2013

Ada apa dengan Belimbing??

Rahsia Khasiat Belimbing Dan Jus Belimbing 
Anda pernah merasai buah belimbing? Sebenarnya masih ramai lagi yang tidak mengetahui tentang khasiat sebenar buah belimbing ini. Buah belimbing, kebiasaannya mempunyai rasa sedikit masam-masam manis. Jom baca di bawah ini untuk mengetahui kelebihannya.
Dikenali dengan nama botaninya sebagai Averrhoa Carambola L, belimbing mengandungi banyak kebaikan untuk kesihatan tubuh badan manusia.
1) Mengandungi 90% air, 0.75% protein, 3.5 – 11% gula dan 0.7% serat.
2) Kaya dengan kalium & vitamin A, selain vitamin B dan C.
3) Kalium di dalam belimbing berfungsi mengawal degupan jantung, keseimbangan cecair, membantu kitaran ion dalam salur darah, membantu pengecutan otot, membantu memindahkan nutrein kepada sel selain membantu fungsi saraf.
4) Jus ini diminum untuk mengurangkan kehausan dan merangsang rembesan kelenjar untuk penghasilan air liur.
5) Selain itu, ia membantu melawaskan pembuangan air kecil di samping membantu merawat masalah kulit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C.
Bonus : Petua Penyembuhan Dengan Buah Belimbing.
# Untuk menghentikan pendarahan pada bisul di samping mencuci luka serta nanah yang keluar, kalian bolehlah menumbuk buah belimbing sehingga lumat lalu ditampal pada bahagian luka.
# Masalah cacing dalam perut atau usus; Rebus bunga belimbing & minum airnya setelah suam.
# Untuk masalah penyakit kulit seperti gatal-gatal dan sebagainya – daun, buah atau bunganya boleh ditumbuk lumat dan ditepekkan pada kawasan bermasalah.
# Air rebusan bunga dan daunnya boleh diminum untuk merawat batuk, sakit kerongkong & muntah-muntah.
# Buah yang dijerukkan dengan garam boleh dimakan untuk menghilangkan mabuk akibat perjalanan jauh.
# Air rebusan daunnya juga boleh digunakan untuk merawat demam panas.
Ada juga yang tidak boleh makan buah belimbing kerana tidak tahan dengan rasa masam. Tidak mengapa, kita juga boleh membuat jus belimbing mengikut citarasa masing-masing. Apa yang penting, belimbing mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Ada apa dengan Betik??


Khasiat Buah Betik 
Betik (Carica papaya) ialah tumbuhan semula jadi tropika Amerika. Buah betik berbentuk bujur yang agak panjang hingga ke bentuk yang hampir bulat. Kulit buah betik yang masak berwarna kuning cerah hinggalah kuning pekat. Isinya pula berwarna kuning, oren hingga ke warna merah cerah atau merah. Isi betik rasanya manis, dan aromanya seharum kasturi.
Betik kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Kesemua nutrien yang terdapat di dalam sebiji buah betik dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok.
Cara yang terbaik untuk menikmati buah betik yang menyegarkan ini adalah dengan cara memotongnya kepada dua, buangkan biji hitamnya dan potong memanjang.
                      
Untuk mendapatkan kenikmatan makan buah betik, makanlah betik yang telah disejukkan sedikit dengan ais. Betik sememangnya berkhasiat dan sangat manis dimakan. Apa lagi jom dapatkan buah betik sekarang.




Sunday 3 November 2013

Punca Perut Buncit, OMG!


                            




Assalamualaikum..

Hari ini aku rasa berminat nak share dengan korang pasal apakah punca perut buncit. Disebabkan aku juga merasakan ciri-ciri yang perut aku ni semakin membuncit, hahahahaha. Perut buncit memang tidak menyelesakan. Ia bukan sahaja membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan, perut yang buncit juga menjejaskan penampilan seseorang lantaran bentuk tubuh kelihatan tidak seimbang. Jadi, apakah sebab perut menjadi buncit? Untuk mengelakkan perut daripada terus membuncit, kita kena la tahu apakah punca yang membuatkan perut buncit, right? Dengan itu, kita hendaklah berusaha untuk mencegahnya. Haa, jom spend masa sikit baca pasal punca problem ini.

Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit iaitu: 



1 ) Faktor keturunan 


     “Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua secara umumnya sukar dielakkan,”          
ujar Selfie.

2) Faktor penuaan


    Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai   
    berkurangan. Hasil kajian oleh Harvard Women’s Health Watch mendapati wujudnya    
    kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut.

3) Makanan dan minuman tertentu 


   Doktor lulusan Universiti Padjajaran itu menjelaskan gula dan alkohol terutamanya yang   

   terkandung dalam bir, adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi  
   kendur. Daripada segi pemakanan, katanya alkohol amat berbahaya bagi tubuh.  Ini 
   kerana alkohol mengandungi kalori yang tinggi, sama seperti kalori dalam makanan  
   berlemak.  Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk 
   menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh.


4) Tembakau


    Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman. Selfie berkata biasanya ketika merokok 

    selepas makan, perut     akan berasa kembung kerana penghadaman terganggu.

5) Stres


    Menurut Selfie, keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi 

    tubuh termasuklah sistem penghadamannya. Stres juga boleh mencetuskan rasa kenyang 
    dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut 
    kelihatan lebih mengembang. “Untuk mengatasinya,     belajarlah untuk lebih relaks serta 
    bernafas secara perlahan dan mendalam,” jelas beliau. Dalam pada itu Selfie 
    mengingatkan bahawa golongan wanita yang biasanya lebih mudah dilanda stress,   
    cenderung memiliki lemak berlebihan di perut, meski pun berat badannya normal.  
    Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan   
    lemak terkumpul di sekitar perut.

6) Perubahan hormon, terutamanya ketika menopaus


    Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus

    membawa kepada       pengumpulan lemak pada perut. Tumpukan lemak yang tidak      
    sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya. Sememangnya ia 
    kelihatan amat tidak selesa.  Jelas Selfie, keadaan ini berpunca daripada pengambilan 
    karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi, 
    bihun dan ladu, dalam kuantiti yang banyak.  Akibatnya, karbohidrat yang berlebihan 
    akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepatnya di rongga-
    rongga di antara organ dalam perut.


Sumber

http://terbakor.com/2012/12/31/mulai-sekarang-katakan-selamat-jalan-pada-perut-buncit-terbakor/

Friday 1 November 2013

perhati!..serap!..buat!..

dietitian-to-be, InshaAllah :)

Assalamualaikum semua..

31/10/2013, hari pertama aku praktikal di Klinik Kesihatan Kelana Jaya. Bangun pukul 5 kott!

Excited! hahahahaha..

Bagi aku, memang best jadi clinical dietitian ni, tapi mesti la diri tu tinggi ilmu di dada pasal pemakanan-pemakanan pesakit ni. 
Kalau tak, tergagap-gagap la depan pesakit.
  macam aku la tu :p 
Bila aku try consult sorang patient ni, baru aku tahu betapa noobnya aku dalam
 bab-bab MNT (Medical Nutritional Therapy). 
Banyak lagi ilmu yang aku kena pelajari dan praktikkan, baru la ilmu tu kekal kannn. 
ok la, as my first experience for this attachment, 
aku nak share sikit pic-pic sebagai kenangan dan inspirasi untuk lebih bersemangat..
hehehehe  ^_^




at first, kami perati dulu macam mana CI consult pesakit 



then, baru la turn kami pula..hehe..
Shazana handle patient yg ada kencing manis + darah tinggi



  lepas tu my turn pulak untuk consult patient. Nama dia, Encik Johar. Pakcik ni ada kencing manis. Almost penyakit yang kami jumpa ada penyakit kencing manis, so memang kena expert pasal penyakit ni. 




sebelum balik tu wajib la bergambar kan..hehe
bersama dengan pegawai dietetik Klinik Kesihatan Kelana Jaya yang hebat, En Anuar



done for today! 
TQ <3





Sunday 27 October 2013

Sihat Cara Rasullulah



 "BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan    Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi?
Kali ini aku ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada  penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja. Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar.  Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan. Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe­nyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:





1. Selalu bangun sebelum subuh 
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. 

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran. 

2. Aktif menjaga kebersihan 

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. 

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim) 

3. Tidak pernah makan berlebihan 

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih) 

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. 

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat. 

4. Gemar berjalan kaki 

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. 

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang ­hendak kita pergi. 

5. Tidak pemarah 

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. 

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang­kan gundah 
di hati. 

6. Optimis dan tidak putus asa 

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t. 

7. Tidak pernah iri hati 

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.” 

8. Pemaaf 

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. 

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat. 

Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba­nyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.




renung-renungkan dan selamat beramal! :)


" Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita"



SUMBER: INFO KESIHATAN  

Friday 25 October 2013

Diet Karbo





Assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari ni aku nak share sikit dengan korang apa itu DIET KARBO. Aku tahu mesti ramai orang mempunyai pemikiran dan persoalan yang sama mengenai hal ini iaitu: 


" benarkah apabila kita mengurangkan pengambilan karbohidrat, kita dapat mengurangkan lemak badan dengan cepat?" 
haaaaaaaaaaaaa..kann? 
ok, sebenarnya..................

Diet karbo merupakan satu cara popular diamalkan oleh sebilangan orang yg ingin mengurangkan berat badan. Konsep utama diet ini adalah mengurangkan/mengelak pengambilan karbohidrat dan melebihkan pengambilan protein. Individu yg mengamalkan diet jenis ini pada peringkat permulaan akan mengalami penurunan berat badan yg ketara.  Tetapi perlu diketahui yg penurunan tersebut disebabkan oleh kehilangan air di dalam badan akbiat mengurangan pengambilan karbohidrat.





Dengan ketiadaan karbohidrat, badan terpaksa memecahkan lemak untuk sumber tenaga. Kunci untuk menjaga berat badan ideal bukanlah menghindari karbohidrat melainkan mengambil jumlah makanan yang sesuai dengan keperluan. 

Haaa, oleh itu korang disarankan untuk mengamalkan cara hidup sihat melalui pengambilan makanan mengikut keperluan dan melakukan senaman berkala secara konsisten. Senaman seperti berjalan kaki, joging, naik turun tangga boleh dilakukan di mana mana sahaja tanpa perlu ke gim. \(0-o)/



makanlah mengikut porsi yang betul :D




SUMBER: MAJALAH RAPI

Cara-Cara Mengelakkan Lemak Tepu Dalam Badan




                             



Walaupun badan anda memang memerlukan lemak di dalam badan untuk berfungsi dengan baik, anda seharusnya mengelakkan dari pengambilan lemak tepu yang banyak. Lemak tepu berpunca dari makanan seperti lemak pada daging, mentega, susu, keju, dan pelbagai lagi jenis makanan yang lain. Walaupun sesetengah lemak tepu itu boleh dimakan, tetapi terlalu banyak lemak tepu boleh meningkatkan kadar kolesterol yang mana akan menyebabkan saluran darah tersumbat, strok, dan serangan jantung.
Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu ke dalam badan dan seterusnya membantu meningkatkan kesihatan anda dengan lebih baik untuk jangkamasa yang panjang.
  1. Kurangkan makan daging merah. Daging terutamanya bahagian berlemak seperti tulang rusuk dan bacon mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Gantikan daging, bacon dan sosej dengan ayam tanpa lemak. Berhati-hati dengan bahagian ayam yang anda makan. Daging ayam seperti di bahagian peha dan kepak adalah lebih banyak kandungan lemak berbanding dengan daging putih di bahagian dada ayam.
  2. Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan. Minyak zaitun mengandungi lemak tak tepu – polyunsaturated and monounsaturated; yang mana boleh membantu menurunkan kadar kolesterol serta boleh menggantikan lemak tepu dalam masakan anda.
  3. Ketahui berapa jumlah lemak yang anda perlukan setiap hari. Bagi mereka yang mengamalkan 2000 kalori diet, wanita tidak boleh mengambil melebihi 18 gram lemak tepu manakala bagi lelaki tidak boleh melebihi 20 gram lemak tepu. Anda digalakkan makan separuh dada ayam tanpa kulit yang hanya menyumbang 2 gram lemak tepu ke dalam tubuh badan anda.
  4. Elakkan makanan beku. Kebanyakan makanan yang dibekukan ini mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi.
  5. Panggang daging yang anda ingin makan. Jika anda menggoreng sepotong daging, daging itu akan digoreng dengan lemaknya sendiri. Daging tersebut akan menyerap semula lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng. Sebaliknya, apabila anda memanggang daging, lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan diserap semula.
  6. Tambahkan suplemen Omega-3 ke dalam diet harian anda. Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh badan anda yang membantu ‘melawan’ lemak tepu dan kolesterol yang ‘jahat’. Selain itu, Omega-3 ini juga membantu mengawal keradangan di dalam badan, menguatkan jantung, membantu penglihatan yang baik, serta boleh meningkatkan mood anda. Omega-3 ini boleh didapatkan dari sumber beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna, dan sardin. Anda juga boleh membeli kapsul supplemen Omega-3 di pelbagai farmasi dan klinik.
  7. Kurangkan pengambilan harian produk tenusu. Keju mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi, sama seperti susu lemak penuh. Apabila anda ingin menggunakan keju dalam makanan, pilih keju yang berasaskan susu rendah lemak. Kepada penggemar air susu pula, cuba beralih kepada susu tepung dari susu lemak penuh.
Nota: Jangan sekali-kali membuang semua lemak dari pemakanan harian anda. Otak dan beberapa organ di dalam badan anda memerlukan sejumlah lemak untuk berfungsi dengan baik. 
SUMBER: KEVIN ZAHRI

Wednesday 23 October 2013

Nutrisi Diet






Makanlah Buah 

Makan buah segar adalah cara terbaik untuk melancarkan proses diet.
Buah tidak mengandungi lemak dan kandungan airnya cukup tinggi. 
Oleh itu, anda tidak akan merasa lapar dan paling menarik, sumber serat juga bertambah.
Jangan risau tentang sebarang karbohidrat yang ada pada buah. 
Ia adalah karbohidrat yang baik.



antara kelebihan buah-buahan  :)




Kos Pemakanan dan Dietetik UiTM

Assalamuailaikum dan salam sejahtera..

mula-mula aku nak cerita sikit pasal kos aku ni..
sebab aku tahu ramai yang tak tahu pasal kos ni kan (mostly orang-orang kampung aku huhu)..
so ni ada info sikit la untuk di kongsi =,= 

The Bachelor of Nutrition & Dietetics (Hons) program aims to produce graduates who:
1.synthesize and apply principles of nutrition and dietetics to provide quality nutrition and dietetic services to the related organizations in the public and private sectors, locally and globally. 
2.lead and engage in teams in problem solving tasks across disciplines through effective communication.
3.continue to advance their knowledge and abilities through research and ICT.
4.practice professional and ethical values in providing nutrition and dietetic services to individuals and community.
5.can explore business opportunities and lead in health and food-related industries locally and globally. 
Bachelor of Nutrition & Dietetics (Hons) Program Outcomes

At the end of the program, graduates should be able to:
1.acquire and apply knowledge of food, nutrition, clinical and social sciences in nutrition care process.
2.apply the theories and methodologies of nutritional status assessment and surveillance at group, community and/or population levels.
3.apply principles of evidence-based practices in providing dietetic counselling and therapeutic diets of clients. 
4.apply the scientific reasoning in solving nutrition and dietetic problems.
5.deliberate scientific ideas and investigation verbally and in written form.
6.effectively engage in a multidisciplinary team locally and globally.
7.apply values, ethics, morality and professionalism in their scientific pursuit.
8.manage information and engage in lifelong learning. 
9.demonstrate entrepreneurial and leadership skills.
7.apply values, ethics, morality and professionalism in their scientific pursuit.
8.manage information and engage in lifelong learning. 
9.demonstrate entrepreneurial and leadership skills.
FROM : DEPARTMENT OF NUTRITION AND DIETETIC UiTM 

Sunday 20 October 2013

hye!




assalamualaikum dan salam sejahtera..
hai semua!!
aku merupakan pelajar Nutrition & Dietetic UiTM Puncak Alam
tujuan blog ni dibuat supaya aku dapat berkongsi ilmu dan pengalaman 
yang aku dapat kepada korang!
tak rugi kan berkongsi ilmu?!
i hope uolls enjoy my blog..hehe